Sesiapa yang membunuh katak

TEKS BAHASA ARAB

من قتل ضفدعا فعليه شاة محرما كان أو حلالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membunuh katak, maka ke atasnya (sembelihan) seekor kambing, sama ada dia sedang berihram mahupun sedang halal (tidak berihram).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756, hadis nombor 3868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قتل ‌ضفدعا، فعليه شاة، محرما كان أو حلالا)). قال سفيان: يقال: إنه ليس شئ أكثر ذكرا لله منه.
[عد، ((الضعيفة)) (5711)]

(Sangat lemah) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membunuh katak, maka ke atasnya (sembelihan) seekor kambing, sama ada dia sedang berihram mahupun sedang halal (tidak berihram).” Sufyan berkata: Dikatakan: Tidak ada yang paling banyak berzikir kepada Allah daripadanya (katak).
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5711]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.