Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قتل معاهدًا في عهدِه ؛ لم يَرَحْ رائحةَ الجنةِ ، وإنَّ ريحَها ليوجدُ من مسيرةِ خمسمائةِ عامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membunuh kafir mu'ahad (kafir yang ada perjanjian damai) semasa perjanjiannya masih ada, dia tidak akan mencium bau syurga, dan baunya akan dapat dihidu sejauh perjalanan 500 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Bakrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 818, hadis no. 4211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذه (المسيرة)) عن أبي بكرة –رضي الله عنه-، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قتل معاهدا في عهده، لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام)). [حب، ك، ((الضعيفة)) (6376)]
(Munkar dengan lafaz "perjalanan") Daripada Abu Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh kafir mu'ahad (kafir yang ada perjanjian damai) semasa perjanjiannya masih ada, dia tidak akan mencium bau syurga, dan baunya akan dapat dihidu sejauh perjalanan 500 tahun. [Riwayat Sahih Ibn Hibban dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6376]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman