Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membuka harinya dengan kebaikan dan diakhiri dengan kebaikan

Teks Bahasa Arab

من استَفْتَح أولَ نهارِهِ بخير، وختمه بالخيرِ، قال اللهُ - عز وجل - لملائكتِهِ: لا تَكْتُبوا عليه ما بين ذلك من الذنوبِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membuka harinya dengan kebaikan dan diakhiri dengan kebaikan, maka Allah akan berfirman kepada para malaikat: Janganlah kamu semua menulis dosa-dosanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Basar

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis no. 10040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن بسر رضي الله عنه مرفوعاً: من استفتح أول نهاره بخير، وختمه بالخير، قال الله - عز وجل - لملائكته: لا تكتبوا عليه ما بين ذلك من الذنوب. [الضياء، الضعيفة)) (2238)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Basar -diriwayat secara marfu’: sesiapa yang membuka harinya dengan kebaikan dan diakhiri dengan kebaikan, maka Allah akan berfirman kepada para malaikat: Janganlah kamu semua menulis dosa-dosanya. [Riwayat al-Dhiya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2238]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.