Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أجاعَ بطنَهُ؛ عظُمتْ فكرَتُهُ، وفطِنَ قلبُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membuatkan perutnya lapar, nescaya fikirannya menjadi cerdas dan jiwanya menjadi bijaksana.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) «من أجاع بطنه؛ عظمت فكرته، وفطن قلبه». [«الضعيفة» (251)].
(Tiada Asal Baginya) "Sesiapa yang membuatkan perutnya lapar, nescaya fikirannya menjadi cerdas dan jiwanya menjadi bijaksana". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 251].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman