Sesiapa yang membuat persaksian demi merampas harta seseorang muslim

TEKS BAHASA ARAB

من شهد شهادة ‌ليستباح بها مال امرىء مسلم، أو يسفك بها دم؛ فقد أوجب النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membuat persaksian demi merampas harta seseorang muslim, atau menumpahkan darah dengannya, maka Dia mewajibkan neraka (baginya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis nombor 4108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من شهد شهادة ‌ليستباح بها مال امرىء مسلم، أو يسفك بها دم؛ فقد أوجب النار)). [طب، البزار، ((الضعيفة)) (4610)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membuat persaksian demi merampas harta seseorang muslim, atau menumpahkan darah dengannya, maka Dia mewajibkan neraka (baginya). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4610]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs