Sesiapa yang membuat perkongsian dengan orang Kafir Zimmi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من شارك ذميا فتواضع له إذا كان يوم القيامة ضرب فيها بينهما واد من نار وقيل للمسلم: خض هذا الوادي إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membuat perkongsian dengan orang kafir zimmi lalu dia merendahkan diri terhadapnya, apabila tiba hari Kiamat, dipisahkan antara keduanya dengan sebuah lembah dari neraka dan dikatakan kepada muslim tersebut: Tolaklah lembah ini ke sebelah sana sehingga rakan kongsimu selesai dihisab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 150, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عمر مرفوعا وقال: منكر لم أكتبه إلا بهذا الإسناد.

Al-Khatib meriwayatkannya daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), dan dia berkata: Ia munkar (terlalu daif), aku tidak menulisnya melainkan dengan sanad ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.