Sesiapa yang mencarik jasad sesuatu yang mempunyai roh

TEKS BAHASA ARAB

من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mencarik jasad sesuatu yang mempunyai roh kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah SWT akan mencarik jasadnya pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis nombor 528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة.
[حم، ((الضعيفة)) (5089)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mencarik jasad sesuatu yang mempunyai roh kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah SWT akan mencarik jasadnya pada hari kiamat.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5089]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.