Sesiapa yang membina suatu binaan melebihi keperluannya

TEKS BAHASA ARAB

من بنى بناء فوق ما يكفيه كلف يوم القيامة أن يحمله على عنقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membina suatu binaan melebihi keperluannya, maka Allah akan pertanggungjawabkan ke atasnya pada hari kiamat untuk memikulnya di atas tengkuknya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 73, hadis nombor 416. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Munkar, manakala Abu Hatim dalam al-‘Ilal pula berkata: Batil.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.