Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ بَنَى للهِ مسجدًا بنَى اللهُ له بيتًا فِي الجنَّةِ. وَمَنْ علَّقَ فيه قِنديلًا صلَّى عليه سبعونَ ألفَ مَلَكٍ إلى أنْ يُطْفَأَ ذلِكَ القنديلُ. وَمَنْ بَسَطَ حَصِيرًا صلَّى عَلَيْهِ سبعونَ ألفَ مَلَكٍ إِلَى أَنْ يَنْقَطِعَ ذَلِكَ الحصيرَ. وَمَنْ أَخَذَ مِنْهُ القذاةَ بقدْرِ مَا تَقْذَى منه العينُ كان له كِفْلانِ مِنَ الأجْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membina sebuah masjid (ikhlas) kerana Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Sesiapa yang menggantungkan lampu di dalam masjid, nescaya 70 000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehinggalah cahaya lampu itu terpadam. Sesiapa yang membentangkan hamparan (di dalam masjd) nescaya 70 000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehinggalah terputus (hilangnya) hamparan tersebut. Sesiapa yang mengambil kotoran daripadanya (dari dalam masjid) yang menyakitkan mata, maka perbuatannya itu mendapatkannya dua ganjaran pahala.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis no. 1442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من بنى لله مسجدا بنى الله له بيتا في الجنة. ومن علق فيه قنديلا صلى عليه سبعون ألف ملك إلى أن يطفأ ذلك القنديل. ومن بسط حصيرا صلى عليه سبعون ألف ملك إلى أن ينقطع ذلك الحصير. ومن أخذ منه القذاة بقدر ما تقذى منه العين كان له كفلان من الأجر)). [السهمي، ((الضعيفة)) (3294)]
(Palsu) Daripada Mu’az bin Jabal ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang membina sebuah masjid (ikhlas) kerana Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Sesiapa yang menggantungkan lampu di dalam masjid, nescaya 70 000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehinggalah cahaya lampu itu terpadam. Sesiapa yang membentangkan hamparan (di dalam masjd) nescaya 70 000 malaikat akan berselawat ke atasnya sehinggalah terputus (hilangnya) hamparan tersebut. Sesiapa yang mengambil kotoran daripadanya (dari dalam masjid) yang menyakitkan mata, maka perbuatannya itu mendapatkannya dua ganjaran pahala. [Riwayat al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3294]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman