Sesiapa yang membina rumah yang disembah Allah di dalamnya dengan harta yang halal

TEKS BAHASA ARAB

من بنى بيتا يعبد الله فيه من مال حلال؛ بنى الله له بيتا في الجنة ‌من ‌در ‌وياقوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membina rumah yang disembah Allah di dalamnya dengan harta yang halal, Allah akan membina untuknya rumah di syurga daripada mutiara dan Yaqut.

STATUS

Munkar secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis nombor 3483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من بنى بيتاً يعبد الله فيه من مال حلال؛ بنى الله له بيتاً في الجنة ‌من ‌در ‌وياقوت)). [طس، البزار، ((الضعيفة)) (5039)]

(Munkar secara keseluruhannya) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membina rumah yang disembah Allah di dalamnya dengan harta yang halal, Allah akan membina untuknya rumah di syurga daripada mutiara dan batu permata. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5039]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs