Sesiapa yang membina bangunan tanpa sebarang kezaliman atau permusuhan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من بنى بنيانا في غير ‌ظلم ‌ولا اعتداء، أو غرس غرسا في غير ‌ظلم ‌ولا اعتداء كان أجره جاريا ما انتفع به أحد من خلق الرحمن تبارك وتعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membina bangunan tanpa sebarang kezaliman atau permusuhan, atau pun menanam apa jua tanaman tanpa sebarang kezaliman atau permusuhan, nescaya pahalanya sentiasa mengalir selagi ada mana-mana makhluk ciptaan Al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pengasih) mengambil manfaat daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 592, hadis nombor 3046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن معاذ الجهني عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من بنى بنيانا في غير ‌ظلم ‌ولا اعتداء، أو غرس غرسا في غير ‌ظلم ‌ولا اعتداء كان أجره جاريا ما انتفع به أحد من خلق الرحمن تبارك وتعالى)). [حم، الطحاوي في ((المشكل))، طب، ((الضعيفة)) (177)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Muadz al-Juhani daripada ayahnya RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membina bangunan tanpa sebarang kezaliman atau permusuhan, atau pun menanam apa jua tanaman tanpa sebarang kezaliman atau permusuhan, nescaya pahalanya sentiasa mengalir selagi ada mana-mana makhluk ciptaan Al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pengasih) mengambil manfaat daripadanya. [Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, al-Tahawi dalam al-Mushkil, dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 177].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.