Sesiapa yang membersihkan rumah daripada rumah-rumah Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من كسح بيتا من بيوت الله فكأنما حج أربعمائة حجة وأعتق أربعمائة نسمة وصام أربعمائة يوم وغزا أربعمائة غزوة".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang membersihkan rumah daripada rumah-rumah Allah seolah-olah dia melakukan haji 400 kali, membebaskan 400 nyawa, berpuasa 400 hari dan menyertai 4000 perperangan”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 27, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: أبو سلمة يروي عن الثقات ما ليس في حديثهم وأمارات الوضع لائحة عليه.

Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abu Salamah meriwayatkan daripada perawi yang dipercayai, hadith-hadith yang bukan diriwayatkan oleh mereka dan tanda-tanda pemalsuan zahir padanya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs