Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membersihkan rumah daripada rumah-rumah Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: "من كسح بيتا من بيوت الله فكأنما حج أربعمائة حجة وأعتق أربعمائة نسمة وصام أربعمائة يوم وغزا أربعمائة غزوة".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang membersihkan rumah daripada rumah-rumah Allah seolah-olah dia melakukan haji 400 kali, membebaskan 400 nyawa, berpuasa 400 hari dan menyertai 4000 perperangan”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 27, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: أبو سلمة يروي عن الثقات ما ليس في حديثهم وأمارات الوضع لائحة عليه.

Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abu Salamah meriwayatkan daripada perawi yang dipercayai, hadith-hadith yang bukan diriwayatkan oleh mereka dan tanda-tanda pemalsuan zahir padanya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.