Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memberikan makanan dan minuman

Teks Bahasa Arab

حديث: من فطر صائما على طعام وشراب من حلال: صلت عليه الملائكة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memberikan makanan dan minuman kepada orang yang berbuka puasa dari sumber yang halal, Malaikat akan mendoakan ke atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 92, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن سلمان مرفوعا. قال ابن حبان: لا أصل له. وفي إسناد ابن عدي: متروكان وفي إسناد ابن حبان: متروك وقد رواه البيهقي.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Salman secara marfu' (disandarkan kepada Nabi). Ibn Hibban berkata: Tidak ada asalnya. Pada sanad Ibn Adi terdapat dua orang perawi matruk (terlalu lemah), demikian juga sanad Ibn Hibban terdapat seorang perawi matruk. Al-Baihaqi juga turut meriwayatkan hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.