Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أشار في صلاتِه إشارةً تُفْهَمُ عنه، فَلْيَعُدْ لها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberikan isyarat dalam solatnya dengan satu isyarat yang dapat difahami daripadanya, hendaklah dia mengulangi solatnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis no. 1927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أشار في صلاته إشارة تفهم عنه، فليعد لها». [د، الطحاوي، قط، هق، «الضعيفة» (1104)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang memberikan isyarat dalam solatnya dengan satu isyarat yang dapat difahami daripadanya, hendaklah dia mengulangi solatnya". [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, al-Tahawi dalam Sharh Ma’ani al-Athar, al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1104].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman