Sesiapa yang memberikan hibah, maka dia lebih berhak ke atasnya, selagi mana dia tidak menukarnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من وهب هبة، فهو أحق بها، ما لم يثب منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan hibah, maka dia lebih berhak ke atasnya, selagi mana dia tidak menukarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis nombor 3907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها – مرفوعاً: ((من وهب هبة، فهو أحق بها، ما لم يثب منها)). [قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (363)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang memberikan hibah, maka dia lebih berhak ke atasnya, selagi mana dia tidak menukarnya.” [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 363]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.