Sesiapa yang memberikan hibah lalu menginginkannya semula

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من وهب هبة، فارتجع بها؛ فهو أحق بها، ما لم يثب عليها، ولكنه كالكلب يعود في قيئه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan hibah lalu meminta dipulangkan semula, hal itu lebih berhak untuknya selagi mana ia tidak menggantikannya, tetapi dia seperti seekor anjing yang memakan semula muntahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis nombor 3906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: ((من وهب هبة، فارتجع بها؛ فهو أحق بها، ما لم يثب عليها، ولكنه كالكلب يعود في قيئه)). [قط، .((الضعيفة)) (362)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHUMA secara marfu’: ((Sesiapa yang memberikan hibah lalu meminta dipulangkan semula, hal itu lebih berhak untuknya selagi mana ia tidak menggantikannya, tetapi dia seperti seekor anjing yang memakan semula muntahnya)). [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 362]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.