Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ وَهَبَ هِبَةً، فَارْتَجَعَ بِهَا، فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا، مَا لَمْ يُثَبْ عَلَيْهَا، وَلَكِنَّهُ كَالْكَلْبِ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberikan hibah lalu meminta dipulangkan semula, hal itu lebih berhak untuknya selagi mana ia tidak menggantikannya, tetapi dia seperti seekor anjing yang memakan semula muntahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis no. 3906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعاً: ((من وهب هبة، فارتجع بها؛ فهو أحق بها، ما لم يثب عليها، ولكنه كالكلب يعود في قيئه)). [قط، .((الضعيفة)) (362)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RHUMA secara marfu’: ((Sesiapa yang memberikan hibah lalu meminta dipulangkan semula, hal itu lebih berhak untuknya selagi mana ia tidak menggantikannya, tetapi dia seperti seekor anjing yang memakan semula muntahnya)). [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 362]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman