Sesiapa yang memberi tangguh kepada seseorang yang dalam kesulitan atau menyelesaikan kesulitannya

TEKS BAHASA ARAB

من أنظر معسرا أو وضع له وقاه الله من فيح جهنم ، ألا إن عمل الجنة حزن بربوة ( ثلاثا ) ألا إن عمل النار سهل بشهوة ، والسعيد من وقي الفتن . وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد ، ما كظمها عبد لله إلا ملأ الله جوفه إيمانا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

1- Sesiapa yang memberi tangguh kepada seseorang yang dalam kesulitan, atau menyelesaikan kesulitannya, maka Allah akan memelihara dirinya dari kepanasan neraka Jahannam.
2- Ketahuilah bahawa amalan syurga itu adalah menahan kesedihan yang bersangatan (sebanyak tiga kali).
3- Ketahuilah bahawa amalan neraka itu adalah amat mudah dengan syahwat. Dan orang yang bahagia adalah mereka yang dipelihara dari fitnah-fitnah.
4- Dan tidak ada kawalan yang lebih dicintai oleh Allah berbanding mengawal kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang menahan kemarahan kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dadanya dengan keimanan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis nombor 731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المسجد وهو يقول بيده هكذا: ((من أنظر معسرا أو وضع له؛ وقاه الله من فيح جهنم، ألا إن عمل الجنة حزن بربوة ( ثلاثا ) ألا إن عمل النار سهل بشهوة، والسعيد من وقي الفتن. وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد، ما كظمها عبد لله إلا ملأ الله جوفه إيمانا.)). [حم، القضاعي في ((مسند الشهاب))، ((الضعيفة)) (6741)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar menuju ke masjid dan baginda bersabda sambil menunjukkan dengan tangan baginda seperti berikut:
1- Sesiapa yang memberi tangguh kepada seseorang yang dalam kesulitan, atau menyelesaikan kesulitannya, maka Allah akan memelihara dirinya dari kepanasan neraka Jahannam.
2- Ketahuilah bahawa amalan syurga itu adalah menahan kesedihan yang bersangatan (sebanyak tiga kali).
3- Ketahuilah bahawa amalan neraka itu adalah amat mudah dengan syahwat. Dan orang yang bahagia adalah mereka yang dipelihara dari fitnah-fitnah.
4- Dan tidak ada kawalan yang lebih dicintai oleh Allah berbanding mengawal kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang menahan kemarahan kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dadanya dengan keimanan.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad, al-Quḍāī’ dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6741]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs