Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أنظرَ معسرًا أو وضعَ لهُ وقاهُ اللهُ من فَيْحِ جهنمَ ، ألا إنَّ عملَ الجنةِ حَزْنٌ بربوةٍ ( ثلاثًا ) ألا إنَّ عملَ النارِ سهلٌ بشهوةٍ ، والسعيدُ من وُقِيَ الفتنَ . وما مِن جَرْعَةٍ أَحَبُّ إلى اللهِ من جَرْعَةِ غيظٍ يَكظِمُها عبدٌ ، ما كَظَمَها عبدٌ للهِ إلا ملأَ اللهُ جوفَه إيمانًا.
Teks Bahasa Melayu
1- Sesiapa yang memberi tangguh kepada seseorang yang dalam kesulitan, atau menyelesaikan kesulitannya, maka Allah akan memelihara dirinya dari kepanasan neraka Jahannam. 2- Ketahuilah bahawa amalan syurga itu adalah menahan kesedihan yang bersangatan (sebanyak tiga kali). 3- Ketahuilah bahawa amalan neraka itu adalah amat mudah dengan syahwat. Dan orang yang bahagia adalah mereka yang dipelihara dari fitnah-fitnah. 4- Dan tidak ada kawalan yang lebih dicintai oleh Allah berbanding mengawal kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang menahan kemarahan kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dadanya dengan keimanan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 145, hadis no. 731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المسجد وهو يقول بيده هكذا: ((من أنظر معسرا أو وضع له؛ وقاه الله من فيح جهنم، ألا إن عمل الجنة حزن بربوة ( ثلاثا ) ألا إن عمل النار سهل بشهوة، والسعيد من وقي الفتن. وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد، ما كظمها عبد لله إلا ملأ الله جوفه إيمانا.)). [حم، القضاعي في ((مسند الشهاب))، ((الضعيفة)) (6741)]
(Terlalu Daif)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar menuju ke masjid dan baginda bersabda sambil menunjukkan dengan tangan baginda seperti berikut:
1- Sesiapa yang memberi tangguh kepada seseorang yang dalam kesulitan, atau menyelesaikan kesulitannya, maka Allah akan memelihara dirinya dari kepanasan neraka Jahannam.
2- Ketahuilah bahawa amalan syurga itu adalah menahan kesedihan yang bersangatan (sebanyak tiga kali).
3- Ketahuilah bahawa amalan neraka itu adalah amat mudah dengan syahwat. Dan orang yang bahagia adalah mereka yang dipelihara dari fitnah-fitnah.
4- Dan tidak ada kawalan yang lebih dicintai oleh Allah berbanding mengawal kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba. Tidak ada seorang hamba yang menahan kemarahan kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dadanya dengan keimanan.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad, al-Quḍāī’ dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6741]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman