Sesiapa yang memberi salam kepada suatu kaum

TEKS BAHASA ARAB

من سلم على قوم؛ فضلهم بعشر حسنات؛ وإن ردوا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi salam kepada suatu kaum, dia akan melebihi mereka sebanyak sepuluh kebaikan. Sekalipun mereka menjawab salam darinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis nombor 1120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن غالب القطان، قال: كنا في حلقة أعرابي فقال: حدثني أبي عن جدي أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من سلم على قوم؛ فضلهم بعشر حسنات؛ وإن ردوا عليه)). [عق، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4606)]

(Lemah)
Daripada Ghalib al-Qattan beliau berkata: Kami berada dalam majlis seorang Arab Badwi, lalu beliau berkata: Bapaku telah menceritakan kepadaku, daripada datukku, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memberi salam kepada suatu kaum, dia akan melebihi mereka sebanyak sepuluh kebaikan. Sekalipun mereka menjawab salam darinya.
[Riwayat al-Uqayli dalam al-Du'afa’ al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4606]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs