Sesiapa yang memberi penangguhan kepada orang yang berada dalam kesusahan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أنظر معسرا كان له مثله كل يوم صدقة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memberi penangguhan kepada orang yang berada dalam kesusahan maka baginya seumpamanya setiap hari pahala sedekah.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 85, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


إسناده ضعيف وهو في سنن ابن ماجه وأخرجه الحاكم وقال: صحيح على شرطهما.
وقد أخرج ابن ماجه بإسناد ضعيف الصدقة: بعشر أمثالها والقرض: بثمان عشرة.

Sanad hadith ini lemah, diriwayatkan dalam Sunan Ibn Majah. Al-Hakim meriwayatkan dan menyatakan sahih diatas syarat al-Bukhari dan Muslim.

Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang lemah: Sedeqah, dengan sepuluh ganjaran sepertinya, manakala hutang, dengan lapan belas ganjaran sepertinya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs