Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memberi penangguhan kepada orang yang berada dalam kesusahan

Teks Bahasa Arab

حديث: من أنظر معسرا كان له مثله كل يوم صدقة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memberi penangguhan kepada orang yang berada dalam kesusahan maka baginya seumpamanya setiap hari pahala sedekah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 85, hadis no. 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إسناده ضعيف وهو في سنن ابن ماجه وأخرجه الحاكم وقال: صحيح على شرطهما. وقد أخرج ابن ماجه بإسناد ضعيف الصدقة: بعشر أمثالها والقرض: بثمان عشرة.

Sanad hadith ini lemah, diriwayatkan dalam Sunan Ibn Majah. Al-Hakim meriwayatkan dan menyatakan sahih diatas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang lemah: Sedeqah, dengan sepuluh ganjaran sepertinya, manakala hutang, dengan lapan belas ganjaran sepertinya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.