Munkar dengan lafaz: Dirinya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أقال نادمًا، أقال اللهُ نفسَهُ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberi peluang membatalkan jual beli bagi pembeli menyesal, maka Allah akan menghilangkan dosa dirinya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan lafaz: Dirinya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis no. 3566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: "نفسه") عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أقال نادما، أقال الله نفسه يوم القيامة)). [عد، ((الضعيفة)) (٦٨٥٨)]
(Munkar dengan lafaz: Dirinya) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memberi peluang membatalkan jual beli bagi pembeli menyesal, maka Allah akan menghilangkan dosa dirinya pada hari kiamat. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman