Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memberi makan orang yang lapar dan menutup aib orang

Teks Bahasa Arab

حديث: من أشبع جوعة وستر عورة ضمنت له الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memberi makan orang yang lapar dan menutup aib orang, dijamin baginya syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis no. 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو في الفصل الذي نقله السيوطي في الذيل ص 203 بقوله (فصل: قال الإمام الحافظ تقي الدين ابن تيمية: من الأحاديث الموضوعة.....) .

Ia terdapat dalam fasal yang dinukilkan oleh al-Suyuti dalam Kitab al-Zayl, halaman ke-203 dengan katanya: (Fasal: Kata al-Imam al-Hafiz Taqiy al-Din Ibn Taimiyyah: Dari hadith-hadith palsu …).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.