Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim yang lapar

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم مسلماً جائعاً؛ أطعمه الله من ثمار الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim yang lapar, Allah akan memberinya makan daripada buah-buahan syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis nombor 434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من أطعم مسلماً جائعاً؛ أطعمه الله من ثمار الجنة.
[حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4554)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Sa’īd al-Khudrī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim yang lapar, Allah akan memberinya makan daripada buah-buahan syurga.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan juga Akhbār Asbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4554]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs