Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَطْعَمَ مُسْلِمًا جائعًا؛ أطعَمَهُ اللهُ مِنْ ثِمارِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim yang lapar, Allah akan memberinya makan daripada buah-buahan syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من أطعم مسلماً جائعاً؛ أطعمه الله من ثمار الجنة. [حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4554)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Sa’īd al-Khudrī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim yang lapar, Allah akan memberinya makan daripada buah-buahan syurga. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan juga Akhbār Asbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4554]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman