Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dia berasa kenyang daripada kelaparan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب، أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله ‌إلا ‌من ‌كان ‌مثله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dia berasa kenyang daripada kelaparan, Allah akan memasukkan dia ke dalam pintu syurga; tidak ada yang memasukinya kecuali sesiapa yang sepertinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis nombor 3567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب، أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله ‌إلا ‌من ‌كان ‌مثله)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (٦٧٤٧)]

(Sangat Lemah) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dia berasa kenyang daripada kelaparan, Allah akan memasukkan dia ke dalam pintu syurga; tidak ada yang memasukinya kecuali sesiapa yang sepertinya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Musnad al-Syāmiyyīn, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.