Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memberi cahaya pada waktu fajarnya

Teks Bahasa Arab

حديث: "من نور بالفجر نور الله له قلبه وقبره وقبلت صلاته".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang memberi cahaya (yakni solat) pada waktu fajarnya, Allah memberikan cahaya kepada hatinya, kuburnya dan diterima solatnya”.

Sahabat Perawi

  1. Anas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 15, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا وقال: تفرد به سليمان بن عمرو أبو داود النخعي كذاب.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Anas secara marfu’ (yang disandarkan pada nabi) dan beliau berkata: Abu Dawud Sulaiman bin ‘Amr al-Nakha’ie bersendirian dalam meriwayatkannya dan dia seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.