TEKS BAHASA ARAB
من بشرني بخروج نيسان ضمنت له على الله الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memberi berita gembira kepada aku dengan keluar Naisan (bulan keempat dalam kalendar Rom) nescaya aku akan menjamin baginya bahawa Allah akan memberikannya syurga.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 123, hadis nombor 277. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومن الأحاديث الباطلة حديث "من بشرني بخروج نيسان ضمنت له على الله الجنة".
Antara hadis-hadis yang batil ialah:
مَنْ بَشَّرْنِي بِخُرُوجِ نَيْسَانَ ضَمِنْتُ لَهُ عَلَى اللهِ الْجَنَّةَ
Sesiapa yang memberi berita gembira kepada aku dengan keluar Naisan (bulan keempat dalam kalendar Rom) nescaya aku akan menjamin baginya bahawa Allah akan memberikannya syurga.
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.