Sesiapa yang membenci kami Ahlu al-Bayt,maka Allah akan membangkitkannya dalam keadaan menjadi seorang Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أبغضنا أهل البيت حشره الله يهوديا. قلت: يا رسول الله، وإن صلى وصام وزعم أنه مسلم _ إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membenci kami Ahlu al-Bayt (keluarga Nabi SAW) Allah akan membangkitkannya dalam keadaan menjadi seorang Yahudi. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah dia tetap menjadi begitu walaupun dia telah solat, berpuasa, dan mengaku bahawa dia seorang muslim? sehingga akhir hadith.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 396, hadis nombor 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: لا أصل له وفي إسناده: سديف المكي غال في الرفض. وقال حنان دخلت مع أبي علي جعفر بن محمد فحدثه أبي بهذا الحديث عن أبيه محمد بن علي الباقر. فقال: ما كنت أرى أن أبي حدث بهذا الحديث.

Al-Uqaili berkata: Tiada asalnya. Pada sanadnya terdapat Sadif al-Makki seorang pelampau rafidhah (puak Syiah). Hannan berkata: Aku dan ayahku masuk berjumpa Jaafar bin Muhammad dan ayahku meriwayatkan hadith ini kepadanya daripada ayahnya Muhammad bin Ali al-Baqir. Dia berkata: Aku tidak berpendapat bahawa ayahku telah meriwayatkan hadith ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs