Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan kumpulkannya pada hari kiamat bersama Yahudi

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! من أبغضنا -أهل البيت-؛ حشره الله يوم القيامة يهوديا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلم -احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون-. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات، فاستغفرت لعلي وشيعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan kumpulkannya pada hari kiamat bersama Yahudi, sekalipun dia berpuasa, dia solat dan dia menganggap bahawa dia seorang muslim (dia dipelihara daripada penumpahan darah, diambil jizyah atas usaha kerana mereka orang-orang hina). Umatku dijadikan contoh kepadaku pada tanah, lalu para pembawa panji-panji melintasiku, lalu aku pun memohon keampunan untuk Ali dan pengikutnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344, hadis nombor 6867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعته وهو يقول: أيها الناس! من أبغضنا أهل البيت، حشره الله يوم القيامة يهوديا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلم احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات، فاستغفرت لعلي وشيعته.
[طس، ((الضعيفة)) (4919، 6863)\].

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari RA, telah berkata: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, lalu aku mendengarnya dan Baginda bersabda: Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan kumpulkannya pada hari kiamat bersama Yahudi, sekalipun dia berpuasa, dia solat dan dia menganggap bahawa dia seorang muslim (dia dipelihara daripada penumpahan darah, diambil jizyah atas usaha kerana mereka orang-orang hina). Umatku dijadikan contoh kepadaku pada tanah, lalu para pembawa panji-panji melintasiku, lalu aku pun memohon keampunan untuk Ali dan pengikutnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4919 dan 6863]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs