Sesiapa yang membeli sesuatu yang dia tidak melihatnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من اشترى شيئا لم يره فهو بالخيار إذا رآه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membeli sesuatu yang dia tidak melihatnya ketika itu, maka dia mempunyai pilihan untuk meneruskan jual beli atau membatalkannya apabila dia melihatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: إبراهيم الكردي وهو المتهم بوضعه وقيل: هو من قول ابن سيرين وحكى النووي الاتفاق على وضعه.

Pada sanadnya terdapat perawi bernama Ibrahim al-Kurdi, dan dia dituduh mereka hadith. Dikatakan ia daripada perkataan Ibn Sirin. Al-Nawawi menyatakan bahawa ulama hadith sepakat tentang kepalsuannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs