Sesiapa yang membeli sesuatu untuk keluarganya, kemudian dia membawanya dengan tangannya kepada mereka maka akan dihapuskan dosanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من اشترى شيئا لعياله، ثم حمله بيده إليهم، حط عنه ذنب سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membeli sesuatu untuk keluarganya, kemudian dia membawanya dengan tangannya kepada mereka, dihapuskan dosa baginya 70 tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل، وفي إسناده: وضاع. وقال ابن حجر: هذا حديث باطل.

Al-Suyuthi menyebutkannya di dalam kitab al-Zail sedangkan pada sanadnya terdapat pereka hadith. Ibn Hajar berkata: Ini adalah hadith batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs