Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membeli sesuatu untuk keluarganya, kemudian dia membawanya dengan tangannya kepada mereka maka akan dihapuskan dosanya

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنَ اشْتَرَى شَيْئًا لِعِيَالِهِ، ثُمَّ حَمَلَهُ بِيَدِهِ إِلَيْهِمْ، حُطَّ عَنْهُ ذَنْبُ سَبْعِينَ سَنَةً.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang membeli sesuatu untuk keluarganya, kemudian dia membawanya dengan tangannya kepada mereka, dihapuskan dosa baginya 70 tahun.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153, hadis no. 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الذيل، وفي إسناده: وضاع. وقال ابن حجر: هذا حديث باطل.

Al-Suyuthi menyebutkannya di dalam kitab al-Zail sedangkan pada sanadnya terdapat pereka hadith. Ibn Hajar berkata: Ini adalah hadith batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.