Sesiapa yang membeli seorang hamba, hendaklah dia memuji Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

من ابتاع مملوكا، فليحمد الله، وليكن أول ما يطعمه الحلو، فإنه أطيب لنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membeli seorang hamba, hendaklah dia memuji Allah SWT. Jadikanlah makanan pertama yang dia berikan kepada hamba itu adalah manisan, kerana sesungguhnya manisan adalah yang paling baik bagi dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis nombor 141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((من ابتاع مملوكا، فليحمد الله، وليكن أول ما يطعمه الحلو، فإنه أطيب لنفسه)).
[ع، د، ((الضعيفة)) (2399)]

(Palsu) Daripada A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membeli seorang hamba, hendaklah dia memuji Allah SWT. Jadikanlah makanan pertama yang dia berikan kepada hamba itu adalah manisan, kerana sesungguhnya manisan adalah yang paling baik bagi dirinya.
[Riwayat Ibn ‘Adī, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2399]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs