Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنَ ابتاعَ مملوكًا ، فليحمدِ اللَّهَ وليَكُن أوَّلُ ما يَطعَمُهُ الحلوَ ، فإنَّهُ أطيَبُ لنفسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membeli seorang hamba, hendaklah dia memuji Allah SWT. Jadikanlah makanan pertama yang dia berikan kepada hamba itu adalah manisan, kerana sesungguhnya manisan adalah yang paling baik bagi dirinya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis no. 141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((من ابتاع مملوكا، فليحمد الله، وليكن أول ما يطعمه الحلو، فإنه أطيب لنفسه)). [ع، د، ((الضعيفة)) (2399)]
(Palsu) Daripada A’ishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membeli seorang hamba, hendaklah dia memuji Allah SWT. Jadikanlah makanan pertama yang dia berikan kepada hamba itu adalah manisan, kerana sesungguhnya manisan adalah yang paling baik bagi dirinya. [Riwayat Ibn ‘Adī, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2399]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman