Sesiapa yang membeli hamba maka hendaklah memuji Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من ابتاع مملوكا فليحمد الله وليكن أول ما يطعمه الحلو. فإنه أطيب لنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membeli hamba maka hendaklah memuji Allah SWT, dan hendaklah dia menjadi orang yang pertama memberinya makan manisan, kerana sesungguhnya ia adalah yang terbaik untuk dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قيل: هو موضوع وقد ورد من طريق أخرى وقال في المختصر: هو ضعيف.

Dikatakan: Ia palsu, sedangkan ia telah warid daripada jalur lain dan al-Firuzabadi menyatakan di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Ia daif.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs