Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membeli hamba maka hendaklah memuji Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنِ ابْتَاعَ مَمْلُوكًا فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا يُطْعِمُهُ الْحُلْوُ. فَإِنَّهُ أَطْيَبُ لِنَفْسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang membeli hamba maka hendaklah memuji Allah SWT, dan hendaklah dia menjadi orang yang pertama memberinya makan manisan, kerana sesungguhnya ia adalah yang terbaik untuk dirinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قيل: هو موضوع وقد ورد من طريق أخرى وقال في المختصر: هو ضعيف.

Dikatakan: Ia palsu, sedangkan ia telah warid daripada jalur lain dan al-Firuzabadi menyatakan di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Ia daif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.