TEKS BAHASA ARAB
من ابتاع مملوكا، فليحمد الله، وليكن أول ما يطعمه الحلو، فإنه أطيب لنفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membeli hamba, maka bertahmidlah kepada Allah, dan pastikan makanan pertama yang dimakan olehnya adalah manisan, kerana itu adalah baik untuknya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((من ابتاع مملوكا، فليحمد الله، وليكن أول ما يطعمه الحلو، فإنه أطيب لنفسه.)) [عد، ((الضعيفة)) (2399)].
(Palsu)
Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang membeli hamba, maka bertahmidlah kepada Allah, dan pastikan makanan pertama yang dimakan olehnya adalah manisan, kerana itu adalah baik untuknya.))
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2399].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.