Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ ابْتَاعَ مَمْلُوكاً فَلْيَحْمَدِ الله وَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا يُطْعِمُهُ الْحَلْوَاءُ فَإِنَّهُ أَطْيَبُ لِنَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membeli hamba, maka hendaklah dia memuji Allah dan hendaklah makanan pertama yang diberikan kepadanya ialah manisan-manisan kerana ia lebih bagus untuk jiwanya.
Sahabat Perawi
- Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 71, hadis no. 404. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat al-Hakam bin 'Abdullah bin Khattab, beliau pendusta. Ibn al-Jawzi turut berkata: Palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman