Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memperluaskan baginya sepanjang tahun itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 100. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَأما حَدِيث التَّوسعَة على الْعِيَال فَأَخْرَجَهُ الطَّبَرَانِيُّ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ مَرْفُوعًا مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ وَفِي سَنَدِهِ الْهَيْضَمُ بْنُ شُدَّاخٍ مَجْهُولٌ وَأَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الإِيمَانِ وَقَالَ تَفَرَّدَ بِهِ هَيْضَمٌ عَنِ الأَعْمَشِ.

Manakala hadis mengenai membelanjakan ahli keluarga, al-Tabarani telah mengeluarkannya daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِه.
Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memperluaskan baginya sepanjang tahun itu. Pada sanadnya terdapat al-Haidham Bin Shuddakh, seorang yang majhul (tidak dikenali). Al-Baihaqi telah mengeluarkan di dalam Shu’ab al-Iman dan berkata bahawa al-Haidham telah bersendirian dalam riwayatnya daripada al-A’mash.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs