Sesiapa yang membawakan mainan dari pasar kepada anaknya

TEKS BAHASA ARAB

من حمل طرفة من السوق إلى ولده؛ كان كحامل صدقة حتى يضعها فيهم، وليبدأ بالإناث قبل الذكور؛ فإن الله رق للإناث، ومن رق لأنثى؛ كان كمن بكى من خشية الله عز وجل، ومن بكى من خشية الله عز وجل؛ غفر له، ومن فرح أنثى؛ فرحه الله يوم الحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membawakan mainan dari pasar kepada anaknya, maka seolah-olah dia sedang membawa sedekah sehinggalah dia memberikannya kepada anaknya. Dan hendaklah memberikan kepada anak perempuan terlebih dahulu berbanding anak lelaki. Sesungguhnya Allah bersikap lemah lembut terhadap wanita. Sesiapa yang berlemah lembut dengan wanita, seolah-seolah seperti dia menangis kerana takutkan Allah. Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka diampunkan dosanya. Sesiapa yang menggembirakan wanita, nescaya Allah akan menggembirakannya pada hari kesedihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1963, hadis nombor 9818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من حمل طرفة من السوق إلى ولده؛ كان كحامل صدقة حتى يضعها فيهم، وليبدأ بالإناث قبل الذكور؛ فإن الله رق للإناث، ومن رق لأنثى؛ كان كمن بكى من خشية الله – عز وجل-، ومن بكى من خشية الله – عز وجل-؛ غفر له، ومن فرح أنثى؛ فرحه الله يوم الحزن.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6517) ]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membawakan mainan dari pasar kepada anaknya, maka seolah-olah dia sedang membawa sedekah sehinggalah dia memberikannya kepada anaknya. Dan hendaklah memberikan kepada anak perempuan terlebih dahulu berbanding anak lelaki. Sesungguhnya Allah bersikap lemah lembut terhadap wanita. Sesiapa yang berlemah lembut dengan wanita, seolah-seolah seperti dia menangis kerana takutkan Allah. Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka diampunkan dosanya. Sesiapa yang menggembirakan wanita, nescaya Allah akan menggembirakannya pada hari kesedihan.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘fa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6517]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs