Sesiapa yang membawa sesuatu dari pasar kepada anaknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حمل طرفة من السوق إلى ولده، كان كحامل صدقة، حتى يضعها فيهم، وليبدأ بالاناث قبل الذكور، فإن الله رق للاناث، ومن رق لانثى، كان كمن بكى من خشية الله – عز وجل -، ومن بكى من خشية الله – عز وجل -، غفر له، ومن فرح أنثى، فرحه الله يوم الحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membawa sesuatu dari pasar kepada anaknya, dia seperti orang yang membawa sedekah sehinggalah dia meletakkannya pada mereka. Mulakanlah bagi anak perempuan sebelum anak lelaki, sesungguhnya Allah mengasihi wanita. Sesiapa yang mengasihi wanita, ganjarannya adalah seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah, dosanya akan diampunkan. Dan Sesiapa yang menggembirakan wanita, Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2066 hadis nombor 10380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من حمل طرفة من السوق إلى ولده، كان كحامل صدقة، حتى يضعها فيهم، وليبدأ بالاناث قبل الذكور، فإن الله رق للاناث، ومن رق لانثى، كان كمن بكى من خشية الله – عز وجل -، ومن بكى من خشية الله – عز وجل -، غفر له، ومن فرح أنثى، فرحه الله يوم الحزن.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6517)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membawa sesuatu dari pasar kepada anaknya, dia seperti orang yang membawa sedekah sehinggalah dia meletakkannya pada mereka. Mulakanlah bagi anak perempuan sebelum anak lelaki, sesungguhnya Allah mengasihi wanita. Sesiapa yang mengasihi wanita, ganjarannya adalah seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah, dosanya akan diampunkan. Dan Sesiapa yang menggembirakan wanita, Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6517]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.