Sesiapa yang membawa makanan ke satu negeri daripada negara-negara orang Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من جلب طعاما إلى مصر من أمصار المسلمين، فباعه بسعر يومه؛ كان له عند الله أجر شهيد في سبيل الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membawa makanan ke satu negeri daripada negara-negara orang Islam, dan menjualnya dengan harga hariannya, maka ia dikira di sisi Allah seperti pahala syahid di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis nombor 4138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من جلب طعاما إلى مصر من أمصار المسلمين، فباعه بسعر يومه؛ كان له عند الله أجر شهيد في سبيل الله -عز وجل-)). [خط، تمام، الجرجاني في ((تاريخه))، الإسماعيلي في ((المعجم))، ((الضعيفة)) (5416)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membawa makanan ke satu negeri daripada negara-negara orang Islam, dan menjualnya dengan harga hariannya, maka ia dikira di sisi Allah seperti pahala syahid di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, al-Jurjānī dalam Tārīkh Jurjān, al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5416]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.