Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من جلب طعامًا إلى مصرَ من أمصارِ المسلمين، فباعه بسعر يومِه؛ كان له عند اللهِ أجرُ شهيدٍ في سبيل اللهِ -عز وجل-.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membawa makanan ke satu negeri daripada negara-negara orang Islam, dan menjualnya dengan harga hariannya, maka ia dikira di sisi Allah seperti pahala syahid di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membawa makanan ke satu negeri daripada negara-negara orang Islam, dan menjualnya dengan harga hariannya, maka ia dikira di sisi Allah seperti pahala syahid di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, al-Jurjānī dalam Tārīkh Jurjān, al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5416]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman