Munkar Dengan Sebutan: Dirinya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أقال نادمًا، أقال اللهُ نفسَهُ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membatalkan jual beli seseorang yang telah menyesal (dengan jual belinya) maka Allah akan meninggalkan (dosa) dirinya pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Sebutan: Dirinya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis no. 814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: نفسه) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أقال نادمًا ، أقال اللهُ نفسَهُ يومَ القيامةِ. [عد، ((الضعيفة)) (6858)]
(Munkar Dengan Sebutan: Dirinya) Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membatalkan jual beli seseorang yang telah menyesal (dengan jual belinya) maka Allah akan meninggalkan (dosa) dirinya pada hari kiamat kelak. [Riwayat Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman