Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membantu seorang yang zalim, Allah akan menimpakan azab ke atasnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ أعان ظالمًا سَلَّطه اللهُ عليه

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membantu seorang yang zalim, Allah akan menimpakan azab ke atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis no. 4004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله مرفوعا: من أعان ظالما ‌سلطه ‌الله عليه. [أبو حفص الكتاني في ((جزء من حديثه))، ((الضعفية)) (1937)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: “Sesiapa yang membantu seorang yang zalim, Allah akan menimpakan azab ke atasnya.” [Riwayat Abu Hafs al-Kinani dalam Juz' Min Hadithih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1937]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.