Sesiapa yang membantu salah seorang dari keturunan ‘Abd al-Mutallib

TEKS BAHASA ARAB

من صنع إلى أحد من ولد عبد المطلب يدا، فلم يكافئه بها في الدنيا؛ فعلي مكافأته غدا إذا لقيني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membantu salah seorang dari keturunan ‘Abd al-Mutallib tetapi dia tidak dikurniakan ganjaran ketika di dunia, nescaya aku akan mengurniakannya ganjaran kelak (di akhirat) apabila dia bertemu denganku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis nombor 9456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان -رضي الله عنه – مرفوعا: ((من صنع إلى أحد من ولد عبد المطلب يدا، فلم يكافئه بها في الدنيا؛ فعلي مكافأته غدا إذا لقيني)). [خط، الضياء، ((الضعيفة)) (4619)]

(Lemah) Daripada ‘Uthman RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang membantu salah seorang dari keturunan ‘Abd al-Mutallib tetapi dia tidak dikurniakan ganjaran ketika di dunia, nescaya aku akan mengurniakannya ganjaran kelak (di akhirat) apabila dia bertemu denganku." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4619]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs