Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membantu salah seorang dari ahli bait (keluarga) aku

Teks Bahasa Arab

من صنع إلى أحدٍ من أهلِ بيتي يدًا ؛ كافيتُه يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membantu salah seorang dari ahli bait (keluarga) aku, maka aku akan cukupkan (keperluan) untuknya pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis no. 9455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي رضي الله عنه - مرفوعا: ((من صنع إلى أحد من أهل بيتي يدا؛ كافيته يوم القيامة)). [ابن عساکر، ((الضعيفة)) (4618)]

(Palsu) Daripada ‘Ali RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang membantu salah seorang dari ahli bait (keluarga) aku, maka aku akan cukupkan (keperluan) untuknya pada hari kiamat." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4618]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.